Kesah Dari Negeri Jiran 2

cewek bengong
Tak Mahu Ketawa

Dalam sebuah pertunjukan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan. Oleh kerana merasa tidak puas hati, seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak-pelawak itu selesai.

"Kakak, apakah persembahan mereka tidak kelakar ?," tanya si gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar," jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa ?," tanya gadis itu lagi. "Apakah kakak sakit gigi ?."

"Tidak..," jawab wanita itu.

 "Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa ?," gadis itu masih tak jua berpuashati

"Habis, kau ingat... elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di muka khalayak ramai ?,"  getus wanita itu.


Surat Berhenti Kerja


AZIZAH ZAKARIA
NO 834,LORONG BAHGIA
TAMAN SEJAHTERA
06600

MUHAMAD YUSOP
PLOT 131A,
JALAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 BUKIT MINYAK,
SEBERANG PERAI TENGAH,
PENANG . 9 SEPT 20XX

TUAN YANG TERHORMAT,

PER : SURAT BERHENTI KERJA

Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab- musabab saya ingin berhenti kerja :

1. Saya kerap dibuli oleh senior.

2. Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC.

3. Lagu kegemaran saya tidak masuk dalam carta ERA.

4. Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je. Nak beratur pun dah 20 minit !!!.

5. KERJA BERDIRIIIIIIIIIII. Kasut takde sponge pulak !!!!!.

6. Bas kilang tersangat laju. Tersangat BAHAYA !!.

7. Kalau setakat nak kerja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM pun boleh kerja jugak !!!.

8. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke !!!. Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter pulak.

9. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.

10. Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GATE HOUSE nak balik kena beratok. BOLEH TAWAF satu kilang.

11. Pintu keluar masuk 2 sahaja. Pekerja beribu. Masuk LATE Boss marah !!!. Balik LATE driver BAS pulak yang marah !!!!. Sampai rumah LATE mak bapak pulak yang marah. KAMI selalu sahaja kena MARAHHHHHH !!!!!.

12. Boss kadang-kadang OK, kadang-kadang naik tension sampai tak ingat-ingat kami ni orang bukan kerbau.

13. Faedah-faedah lain tak memuaskan. contoh kerja bagai nak tecabut kepala lutut. Profet shereing HAMPEHHH.

14. BANYAK LAGI NAK HABAQ TAPI KUT TAK SANGUP DENGAQ KUT !!!!.

15. Bonus Tahun Ni Takde Macam Hampeh. Orang Gaji Besar je yang dapat, Orang bawahan semua tak dapat. Kalau macam ni biar boss besar mati cepat !!!!, baru ada keadilan...... Aminnnn.

Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja sebagai operator. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM 890. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segala kerjasama tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya.

Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUT dari saya.

IKAN KELI
IKAN KEMBUNG
ANGKAT KAKI
LLLAAAMMMBUNG

Sekian, terima kasih


Maaf, hanya komentar relevan yang akan ditampilkan. Komentar sampah atau link judi online atau iklan ilegal akan kami blokir/hapus.

Posting Komentar

0Komentar