Sepasang pengantin baru saja berkahwin selama empat bulan. Di suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata,
"Sayang, period ai dah lewat sebulan, tapi ai tak boleh nak pastikan lagi sebab tu kita kena gi check kat doktor."
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar-benar pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun bertanya,
"Ini rumah Encik Mahmud ke ?."
"Iye, saya ni isterinye, " jawab si istri. "Ada apa encik ?."
Pegawai TNB tu pun berkata,
"Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."
Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu.
"APA ?!, macam mana pulak encik tahu soalan saya ni dah sebulan lewat ?."
Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab,
" Alaaa... puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
"APAAA ?!, saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu ?!."
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan,
"Rilek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan."
Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,
"Nanti saya bincang dahulu dengan suami saya."
Lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ.
Keesokkan harinya, selepas si suami di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan.
Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata,
"Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh-heboh ke dalam internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan ke ?!. Bisness apa korang buat niii...?!, nak kena saman ke ?!."
Lalu pegawai yang datang kerumahnya kemarin silam berdiri dan mententeramkan keadaan.
"Sabar encik, sabar encik.... Apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si suami kembali naik berang.
"APAAA ?!, nak bayar korang ?. Belahhhh lahh...."
Lalu pegawai TNB tu pun cakap,
" Kalau macam tu, kita terpaksa potong encik punya..."
Si suami mencelah,
" APAAA ?!... potong ?!. Abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa ???.
Pegawai TNB tu pun cakap nampak gayanye,
"ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJELAAA"
Maaf, hanya komentar relevan yang akan ditampilkan. Komentar sampah atau link judi online atau iklan ilegal akan kami blokir/hapus.
0Komentar
Maaf, Hanya komentar relevan yang akan ditampilkan. Komentar sampah atau link iklan ilegal akan kami hapus. Terima kasih. (Admin)