Kesah Dari Negeri Jiran 1

terjun payungKapal Terbang Rosak Enjin

Suatu hari di sebuah kapal terbang privat terangkut 2 orang penumpang iaitu seorang Businessman serta seorang budak sekolah.

Sedang mereka menuju negeri Sabah tiba-tiba enjin kapal terbang tersebut mendadak rosak yang menyebabkan sistem kawalan kapal terbang tidak dapat dikawal.

Maka juruterbang bertindak dengan mencari beg terjun payung di bagasi tetapi malangnya hanya terdapat dua beg sahaja.

Tanpa banyak cakap Businessman tersebut menggelabah dan terus mengambil satu beg lalu terjun keluar.

Budak sekolah tadi menjerit !.

"Nanti dulu... ayy... ayy... kenape pak cik tu langsung melumpat sahaje !," cakap budak sekolah tu cemas.

"Ape pasal, dik... awak nampak cemas sangat ?," tanye si juruterbang.

"Pak cik berjas tadi ambil beg sekolah saye. Padahal didalam beg sekolah tu ade tersimpan kertas homework saye. Ayy... alamat kena marah cik gu saye nantinye," jelas budak sekolah tu lagi.



Melarikan Diri Dari Bilik Pembedahan

Seorang pesakit melarikan diri dari bilik pembedahan semasa sebelum ianya menjalani pembedahan.

"Ade ape pak cik ?," tanye pengawal hospital.

"Saye baharu sahaje mendengar juru rawat berkate 'bertenang, cik... ini cume pembedahan ringkas, everything will be allright' ", lelaki itu menjelaskan.

"Ah... juru rawat tu cume nak menenangkan, bertenang sahajelah, pak cik... jangan takut ", cakap si pengawal lagi.

"Tidak... tidak... macam mane saye tidak takut. Die tidak berkate kepade saye. Die berkate kepade cik doktornye !."



Cik Rosma Di Hotel Mewah

Cik Rosma datang ke KL untuk kali pertamanya. Seusai chek in disebuah hotel mewah, seorang room boy membawakan begnya menuju bilik yang ianya akan menginapi. Cik Rosma pun mengikuti room boy itu dan ketika room boy itu menutup pintu, Cik Rosma menengok sekeliling lalu marah-marah kepada room boy tersebut.

"Anak mude !, aku mungkin dah tue dan kekampungan. Tapi tak bererti aku ni bodoh !.
Aku dah membayar mahal untuk tinggal di hotel ini, tapi bilik ni bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran tu !. Bilik ni begitu kecil, tak ade kemudahan, tak ade bath room, tak ade televisiyen, bahkan tempat tidurpun tak ade !!."

"Nyonya... ini adalah lift ", jawab room boy tu selamber.

Maaf, hanya komentar relevan yang akan ditampilkan. Komentar sampah atau link judi online atau iklan ilegal akan kami blokir/hapus.

Posting Komentar

0Komentar