Kesah Dari Negeri Jiran 3

ditodong pistol
Pakar Bahasa Isyarat dan Si Bisu

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.

Alhasil ketuanya mengambil siasat memakai seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000. Walau bagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia. Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Ketua gangster : "Mana wang tu ?."

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu. Si bisu menunjukkan isyarat bercakap : "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."

Pakar bahasa isyarat memberitahu kepala gangster. Dan ketua gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.

Ketua gangster : "Aku akan tembak kepala kau, bisu...!"

Si bisu gemetar ketakutan. Ianya lalu menunjukkan isyarat : "Wang RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster,

"Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau Anda nak tembak dia... tembaklah."


Pakar Jiwa dan Mentol Lampu

Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat dua orang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu. Bila dihampiri ternyata pesakit yang satu sedang khusyuk duduk di lantai, menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya. Sedang yang seorang lagi begayut dari atas siling. Doktor itu merapati pesakitnya dan bertanya apa yang nak dibuatnya duduk di lantai ?.

"Ape doktor tak tengok ke ?, saye nak menggergaji papan ni untuk dibelah due ?," jawab si pesakit.

" Awak sebut sedang menggergaji... mane pulak gergajinye ?," tanya doktor lagi.

"Cik doktor stupid ke ?, ini gergajinye ! ", jawab si pesakit menampakkan pisau tangannya.

"Lalu ape pulak die buat bergayut kat siling ?," tanya doktor menuding jari ke pesakit yang satunya lagi.

"Ohh... die kawan saye, tapi die tak betul sikit.. die ingat die tu mentol lampu !," jawab pesakit tu.

"Kalau kawan baik awak... kenape tak cegah die bergayut, supaye tak cedera jike jatuh kelak ?," soal doktor lagi.

"Jike macam tu, tak ade lampu, pasal mane saye nak habiskan kerje dalam gelap ?!," jawab pesakit tu.


Dah Kena Pokok

Pada suatu pagi, Cik Hasmah ingin menghantar anaknya, Shamad ke sekolah dengan menggunakan kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Hasmah pun berpesan kepada anaknya :

Cik Hasmah : "Shamad, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau kena langgar pokok beritahu ibu."

Shamad : "Baiklah , ibu !."

Cik Hasmah pun mengundurkan keretanya sambil bertanya-tanya kepada anaknya,

Cik Hasmah : "Kena tak ?. Kena tak ?."

Shamad : "Belum, belum. Undurlah lagi ibu."

Cik Hasmah : "Kena tak ?. Kena tak ?."

Shamad : "Belum, belum. Undur lagi, lagi, lagi."

Cik Hasmah pun melanjut mengundurkan keretanya. Tiba-tiba kemudian terdengar bunyi yang kuat , BAANGG !!!

Shamad : "Okay ibu... dah kena pokok pun !."

Cik Hasmah : "Alamaaak !. Macam mana boleh terlanggar pokok ?.  Macam mana pulak kerja kau Shamad ?. Habislah kereta baru aku niii !."

Shamad : "Kata ibu, bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu. Maka Shamad beritahu ibu !."

Maaf, hanya komentar relevan yang akan ditampilkan. Komentar sampah atau link judi online atau iklan ilegal akan kami blokir/hapus.

Posting Komentar

0Komentar